Friday 27 November 2015

Filled Under:

"Kenapa Ayah TAMAK Sangat AYAHHH!!!" - Ummi Nazeera


>> Seorang ahli perniagaan dikenakan hukuman penjara 31 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah terhadap 10 pertuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen berhubung surat peletakan jawatan & pemindahan saham milik isteri keduanya, sembilan tahun lepas........

>> Hakim Norsharidah Awang menjatuhkan hukuman itu terhadap Datuk Zainulabadin Mat Akhir, 64, yg juga bapa kepada pelakon Ummi Nazeera, setelah pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah di akhir kes pembelaan....

>> Tertuduh, yg diwakili peguam Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos, dikenakan hukuman penjara antara setahun hingga 10 tahun bagi setiap pertuduhan & hukuman berjalan serentak bermula hari ini........

#Ini bermakna tertuduh hanya menjalani hukuman penjara selama 10 tahun.... Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sehingga rayuan di Mahkamah Tinggi selesai namun menaikkan wang jaminan daripada RM200,000 kepada RM250,000 dgn seorang penjamin......

>> Mengikut pertuduhan pertama sehingga 10, Zainulabadin didakwa menggunakan dokumen palsu sebagai tulen bagi beberapa dokumen bagi memindah milik 1....68 juta unit saham syarikat Mutiara Efektif (M) Sdn.Bhd...., daripada Datuk Maziah Musa, 51, selaku pemberi pindah milik, kepada anak tertuduh, Ahmad Fikhri......

>> Selain itu, dia juga dituduh menggunakan dokumen palsu utk melantik anaknya, Ahmad Fikhri & Nor A’khilah sebagai pengarah syarikat B.TIS Manufacturer Sdn. Bhd.......
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat Indah Secretarial Management, 18-1, Jalan 15/48A, Sentul Raya Boulevard, Sentul, dekat sini, antara Dis 2006 dan Mei 2009......


>> Dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yg memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun & denda, bagi setiap tuduhan jika sabit kesalahan.......

>>Dlm penghakiman, Norsharidah berkata keterangan ahli kimia kerajaan telah mengesahkan antara tulisan dan spesimen tanda tangan pengadu (Maziash) dlm kesemua dokumen yang dipertikaikan telah dipalsukan.......

>> Beliau menyifatkan kes itu berlaku disebabkan masalah keluarga yang bersifat tamak & dendam.... Terdahulu, Maziah memberitahu mahkamah bahawa kesan daripada tindakan tertuduh menyebabkan beliau hilang hak sebagai pengarah dan juga pemegang saham bagi syarikat tersebut.......

>> Sejurus mendengar keputusan mahkamah, Maziah tidak dapat menahan sebak & terus memeluk Ummi Nazeera & anak lelakinya, Ahmad Nazreem yg sentiasa memberi sokongan terhadapnya sehingga kes selesai......

>> Ketika ditemui di luar mahkamah, Ummi Nazeera memberitahu pemberita beliau bersyukur dgn keputusan tersebut dan menyatakan segala keperitan ibunya telah berakhir....

>> Saya mengagumi ibu saya yg begitu tabah melalui segalanya.... Saya & abang saya sentiasa di belakang ibu saya,” katanya yang pernah membintangi drama bersiri popular, Nur Kasih dan filem Hikayat Merong Mahawangsa.......

>> Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rozaliana Zakaria.... Sebanyak 13 saksi pendakwaan dan 13 saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan dalam kes itu....


Sumber >> http://macampanas.blogspot.my/




0 comments:

Post a Comment