Saturday 15 April 2017

Filled Under:

Mengejutkan!!! Baru Lapan Bulan Dah Boleh Makan Capati 4 Keping Sehari, Berat Badan Cecah 17KG!

Baru Lapan Bulan Dah Boleh Makan Capati 4 Keping Sehari, Berat Badan Cecah 17KG!

Masalah obesti menjadi semakin kritikal di kalangan kanak-kanak di seluruh dunia berikutan masalah pemakanan. 
Bertempat di India, kanak-kanak berusia lapan bulan daripada Punjab mempunyai berat badan luar biasa seperti budak berumur empat tahun. 
Memetik laporan Mirror, si comel itu mula kelihatan gemuk secara mendadak sejak berusia 4 bulan, hasil masalah pemakanan yang tidak terkawal.
Difahamkan dia mampu menghabiskan empat keping capati termasuk kuih-muih yang lain pada satu masa dan kini berat badannya telah mencecah kira-kira 17kg.
Ibunya, Reena yang pernah kehilangan anak pertama akibat kematian, rasa amat bimbang jumlah makanan Chahat empat kali ganda lebih banyak daripada budak lain yang sama umur dengannya. 
Katanya, dia makan tidak seperti budak normal. Dia makan sepanjang masa, sekiranya kami tidak beri dia makan, dia mula menangis.
" Dia menangis mahu keluar berjalan-jalan tapi kami tidak mampu medukungnya sebab terlalu berat, jadi kami hanya bawa dia berjalan-jalan di kawasan yang berdekatan sahaja."




0 comments:

Post a Comment